fbpx

PDRM sokong SPRM siasat pegawai kanan terbabit rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang terbabit dalam salah laku seperti rasuah.

Ia susulan penahanan seorang pegawai kanan jabatannya yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara.

“Macam pesanan tular saya di TikTok sebelum ini adalah ‘change or you will be changed’, sekarang, saya akan cakap ‘change or you will be chained’.

“Saya tidak akan berkompromi dengan salah laku sedemikian.

“Secara peribadi, saya konsisten dengan pendekatan dan tindakan saya, saya serahkan dan menyokong penuh tindakan SPRM terhadap kes ini,” ujarnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Bukit Aman, di sini, hari ini.

Terdahulu media pada Ahad melaporkan seorang pegawai berpangkat Deputi Superintendan (DSP) yang juga seorang Pegawai Turus dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur itu, ditahan sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Menurut sumber, penahanan pegawai terbabit turut membawa kepada penemuan wang tunai lebih RM2 juta selain turut memiliki harta yang tidak munasabah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI