fbpx

Tiada gambaran PM hilang kepercayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen.

PETALING JAYA – Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa usul undi tidak percaya dan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu disegerakan berdasarkan aturan urusan mesyuarat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia disebabkan tiada sebarang bentuk yang menggambarkan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Parlimen.

Kata beliau, berdasarkan rekod Dewan Rakyat pada 26 Disember 2020, Belanjawan 2021 telah diluluskan secara sebulat suara, manakala kurang Ahli Parlimen yang tidak bersetuju.

“Justeru tidak timbul langsung kononnya ada kekurangan atau kehilangan sokongan majoriti (Ahli Parlimen) terhadap Ahli Parlimen Pagoh.

“Memandangkan tidak ada lansung bentuk yang mengambarkan Ahli Parlimen Pagoh hilang kepercayaan, kerajaan berpandangan usul tidak percaya dan juga usul percaya bukan sesuatu yang perlu disegerakan.

“Oleh sebab itu usul ini akan kekal dalam urusan mesyuarat tertakluk kepada ‘Standing Order’ 14 dan 15,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) bila 25 usul undi tidak percaya dan dua usul undi percaya terhadap Perdana Menteri akan dibentang, dibahas dan diundi di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Takiyuddin menegaskan bukan menjadi halangan kepada mana-mana pihak mengemukakan apa juga bentuk sokongan kepada mana-mana Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri ke-9.

Menurut beliau, kerajaan terbuka dan akur jika ada mana-mana Ahli Parlimen boleh mengemukakan 112 akuan bersumpah (SD) berhubung perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai satu proses demokrasi dalam negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI