PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Da’i Syed Iqmal Syed Mohammad Shaiful tiba di Kompeleks Mahkamah Petaling Jaya di sini sebentar tadi.
Syed Iqmal tiba pada pukul 10.10 pagi dengan menaiki MPV polis yang kemudian dibawa masuk Pejabat Polis Cawangan Mahkamah Petaling Jaya untuk pertuduhan.
Turut hadir, peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili tertuduh.
Difahamkan, suspek berusia 25 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya dahulu bagi kes cabul dan persetubuhan luar tabii sebelum dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk pertuduhan kes rogol. -K!ONLINE