fbpx

[VIDEO] Diana Danielle tolak bariatrik, percaya kurus secara semula jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESKI ditawarkan menjalani pembedahan bariatrik secara percuma, Diana Danielle percaya ada kaedah lain yang lebih selamat untuk dirinya.

PETALING JAYA – “Badan saya gemuk sangat ke?”

Demikian persoalan yang bermain dalam fikiran pelakon Diana Danielle apabila ditawarkan melakukan pembedahan bariatrik bagi membantu menurunkan berat badannya.

Menurut Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, dia bagaimanapun menolak tawaran tersebut kerana pembedahan sebegitu tidak diperlukan selain berpendapat badannya bukan dalam kategori obesiti.

“Saya terima mesej daripada seorang doktor menawarkan pembedahan ikat perut atau bariatrik tetapi tak layan sebab masalah saya bukan sebab tak boleh turun berat badan, cuma diri sendiri yang tidak mahu.

“Berat badan saya bukan dalam kategori kritikal, doktor itu beritahu bariatrik tersebut ditawarkan kepada saya untuk cepat kurus secara percuma.

“Ketika itu rasa macam gemuk sangat ke badan saya? Saya jadi tertanya-tanya kenapa dia boleh nak tawar prosedur itu sedangkan saya hanyalah chubby (tembam) sahaja dan bukan calon yang sesuai,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis pelancaran makanan kesihatan Zenso di sini, semalam.

Isteri kepada aktor Farid Kamil itu juga berkata, berat badan ideal boleh dicapai dengan melakukan diet pemakanan dan gaya hidup sihat tanpa perlu melibatkan sebarang pembedahan.

“Bagi saya kalau kita tahu cara nak kurus, proses itu tak ambil masa lama pun. Jaga makan, selalu aktif dan cukup tidur.

“Kita kena tahan diri daripada pengambilan makan makanan manis, benda itu orang kata bukanlah sesuatu yang susah sangat,” ujarnya lagi.

Diana yang pernah popular menerusi drama Raisha menambah, bariatrik sememangnya memberi kesan yang pantas tetapi tetap mempunyai impak negatif pada masa akan datang.

“Mungkin bagi sesetengah orang bariatrik adalah jalan mudah, hakikatnya ada implikasi yang lebih serius selepas itu.

“Terutamanya apabila kita masih muda, masih panjang lagi perjalanan kita. Bila orang kata dah robek-robek perut (pembedahan), kita tak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

“Setiap orang mempunyai keadaan berbeza-beza (tubuh badan). Contohnya kalau badan tidak terlalu besar, saya rasa masih ada jalan yang lebih selamat.

“Namun, kalau dilakukan atas faktor kesihatan, memang perlu tetapi jika mahu kurus, ada cara lebih sihat,” katanya lagi.

Sementara itu, Farid berpendirian bahawa bariatrik bukan jalan yang selamat untuk mendapatkan bentuk badan kurus.

Dia juga tidak membenarkan Diana menerima tawaran prosedur ikat perut seperti yang dilakukan ramai selebriti tanah air lain.

“Saya tak benarkan Diana buat benda itu sebab potong usus adalah perkara yang melampau. Kita yang gemukkan diri sendiri dan kalau nak kurus pun, kerja kita juga.

“Jadi, tiada benda lain yang boleh bantu melainkan kesedaran diri sendiri. Saya rasa impak negatif bariatrik itu lebih banyak berbanding positif.

“Saya juga pernah lihat perut kawan saya yang lakukan bariatrik, berlubang-lubang dan pelik apabila lihat,” jelasnya.

Terdahulu, ibu kepada sepasang cahayamata itu menuai perhatian ramai sejak akhir tahun lalu apabila bentuk badannya kelihatan lebih berisi sehingga ada yang mendakwa dia berbadan dua.

Diana bagaimanapun menafikan hal tersebut dan memberitahu berat badannya bertambah kerana selera makan meningkat. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI