fbpx

Remaja berisiko buta selepas picit jerawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wajah Mary Ann Regacho (kanan) didakwa berubah dan membengkak. (kiri) wajah sebenar Mary Ann.

MANILA – Seorang remaja pe­rempuan berumur 17 tahun berkemungkinan buta akibat satu penyakit misteri selepas dia memicit satu tompok kecil seakan-akan jerawat di hidung­nya kira-kira setahun lalu.

Sejak insiden itu, wajah Mary Ann Regacho didakwa berubah dan membengkak sehingga dia sukar untuk dikenali, lapor The Sun UK kelmarin.

Menurut laporan, remaja dari wilayah Nueva Ecija itu pada awalnya menyangka jerawat berkenaan cuma satu ketumbuhan biasa disebabkan perubahan hormon selepas dia melahirkan bayi lelaki pada usia 16 tahun.

Bagaimanapun, selepas memicit jerawat itu, hidungnya menjadi sakit selama beberapa hari sebelum bengkak dan mula merebak ke muka.

“Saya rasa muka menggelembung seperti belon,” kata Ann Regacho.

Ketumbuhan misteri pada wajah ibu muda itu sudah menutupi hampir keseluruhan mukanya dan dilaporkan mula memberi kesan kepada kedua-dua mata­nya.

Ann Regacho cuba merawat masalah muka bengkak dengan menggunakan ubat-ubatan herba di rumahnya, namun gagal.

“Saya ingatkan jerawat biasa tetapi ia amat menyakitkan sehingga tidak dapat tidur malam. Saya sudah cuba pelbagai cara untuk merawatnya tetapi tiada yang berhasil. Saya bimbang wajah saya tidak akan kembali normal,” katanya.

Suaminya, Albert Sales yang bekerja sambilan di ladang jiran tanpa sumber pendapatan tetap menyatakan mereka sebenar­nya tidak mampu mendapatkan rawat­an hospital.

Pasangan muda itu pernah memeriksa masalah wajah bengkak Ann Regacho di sebuah hospital di daerah berkenaan tetapi petugas perubatan gagal mengenal pasti penyakit tersebut.

Sales merayu sumbangan orang ramai untuk memboleh­kan dia membawa isteri mendapatkan rawatan di hospital besar yang lebih sesuai. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI