fbpx

Rumah sewa jadi tempat simpan syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Usuf (tengah) pada sidang akhbar tangkapan suspek dan rampasan dadah di IPK Pulau Pinang, petang tadi.

GEORGE TOWN – Kegiatan licik seorang ‘pusher’ menyewa sebuah rumah untuk dijadikan tempat simpanan dadah akhirnya terbongkar selepas dia ditahan di Taman Panchor Indah, Nibong Tebal, semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 8 malam semalam hingga pukul 8 pagi tadi, polis turut merampas 17 bungkusan dadah jenis syabu seberat 17.29 kilogram dengan nilai RM571,500.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, menerusi operasi terancang itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun di luar rumah sewanya itu.

“Ketika ditahan ada bersamanya sebungkus plastik bertulis refined chinese tea, dan hasil pemeriksaan mendapati ia adalah dadah jenis syabu seberat satu kilogram.

“Kemudian, setelah diperiksa di dalam rumah, pihak polis menemui 16 lagi bungkusan dadah jenis syabu yang dibungkus dalam plastik berwarna keemasan bertulis refined chinese tea,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, petang tadi.

Mengulas lanjut, Mohamed Usuf berkata, siasatan lanjut mendapati rumah tersebut disewa oleh suspek sejak tahun lalu untuk menyimpan dadah yang aktif sejak Oktober 2023 untuk dijual dalam pasaran tempatan.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan oleh seramai 87,000 orang atau 87,000 kali penggunaan, polis percaya dadah ini diperoleh dari negara jiran dan suspek bekerja sebagai ‘pusher’ dengan sindiket dadah berkenaan.

“Polis turut menyita sebuah kereta dan menyita wang tunai berjumlah RM1,200 dan suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Usuf berkata, polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah dengan tangkapan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia antara 20 hingga 30 tahun menerusi operasi di Tanjong Tokong, semalam.

Beliau berkata, dalam operasi bermula 11 malam hingga 6 pagi itu, polis turut merampas dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dan ekstasi bernilai RM27,940. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI