fbpx

Rokok, tembakau seludup RM15 juta dilupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Romli (tengah) menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dilupuskan di Loji Rawatan Termal (insinerator), Kampung Belanga Pechah, Langkawi hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

LANGKAWI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis melupuskan 975,000 kotak rokok dan 39 guni tembakau seludup bernilai lebih RM15 juta di sini, hari ini.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, kesemua rokok tidak bercukai dan tembakau itu adalah hasil tangkapan dan rampasan pada Januari 2022 yang disiasat di bawah Seksyen 49(1) dan 135(1) Akta Kastam 1967.

“Pelupusan dilakukan melalui kaedah selamat dengan pembakaran insinerator yang diuruskan oleh syarikat Drizzle Engineering.

“Barangan tersebut dilupuskan selepas mahkamah melucut hak bahan itu bagi mengelakkan ia diguna semula (kitar semula),” katanya pada sidang akhbar di Loji Rawatan Termal (insinerator), Kampung Belanga Pechah, di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua barang seludup itu akan melalui proses pengasingan dan pengisaran sebelum dibakar pada suhu antara 850 hingga 1300 darjah Celsius.

Tambahnya, rokok dan tembakau yang mempunyai duti setem palsu itu dirampas selepas anggota memintas sebuah bot dipercayai dari Thailand dan dikendalikan lapan warga Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI