PETALING JAYA – Tindakan pelakon Emma Maembong memuat naik gambar bayinya di Instagram mendapat perhatian netizen apabila ada dalam kalangan peminatnya memuji muka bayi itu seiras anak patung.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail memuat naik beberapa keping gambar bayi lelakinya untuk tatapan peminat.
Perkongsian wajah bayi sulungnya itu ternyata membuatkan peminat pelakon drama Kau Yang Terindah itu teruja dan memuji muka anaknya seperti anak patung.
“Ya Allah comel sangat,” komen salah seorang pengikutnya di Instagram.
Bahkan, ramai dalam kalangan pengguna laman sosial itu turut memuji mata bayi Emma yang berwarna kelabu.
Gambar-gambar bayi bernama Shariq itu turut dimuat naik dalam akaun Instagram khas yang diberi nama @eslovestory.
Emma melahirkan cahaya mata sulungnya pada 8 November lalu selepas mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu.
ELYANA mengesahkan penyakit kanser limfoma sudah menghampiri tahap lima.