fbpx

Kanser Elyana hampiri tahap lima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elyana

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon, Elyana mengesahkan penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak hampir 10 tahun lalu kini hampir memasuki tahap lima.

Pemilik nama sebenar, Er­neelya Elyana Emrizal, 33, berkata, kanser itu turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

“Semasa saya dimasukkan ke hospital pada bulan lalu, doktor memaklumkan sel kanser lama sudah berkurangan. Ia merupakan satu berita gembira buat saya.

“Namun begitu, doktor mendapati kanser itu te­lah merebak ke bahagian lain iaitu rahim, hati dan pada pangkal paha,” katanya kepada Kosmo!.

Penyanyi yang popular de­ngan lagu Kalis Rindu itu memberitahu, biarpun saiznya masih kecil, namun sekiranya membesar ia boleh memberi kesan pada tulangnya selain berisiko lumpuh.

Jelas Elyana, doktor mahu supaya rawatan kemote­rapi dilakukan secepat mungkin, namun prosedur tersebut terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“Saya hilang selera makan sejak beberapa bulan lalu sehingga menyebabkan badan lemah dan kurus. Kini berat saya hanya 40 kilogram.

“Berilah waktu untuk saya kuat dahulu, Insya-Allah kalau diberi kesempatan saya akan melakukan kemoterapi secepat mungkin,” katanya yang kali terakhir melakukan rawatan itu pada 2016.

Biarpun berdepan masalah kesihatan, Elyana tidak mahu menampakkan dirinya sakit dan sentiasa ceria supaya dapat memberi motivasi bukan sahaja kepada dirinya sendiri, tetapi pesakit kanser lain.

Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Elyana telah mendirikan rumah tangga dan memiliki dua anak iaitu Cinta Sumayyah, 9, dan Cahaya Ramadhani, 1, yang merupakan anak angkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI