fbpx

Gabigol digantung ‘kantoi’ tipu doping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GABIGOL digantung dua tahun selepas didakwa cuba menipu daripada melakukan ujian doping pada April tahun lalu. - AFP

BRASILIA – Bekas penyerang Inter Milan, Gabriel Barbosa dijatuhkan hukuman penggantungan selama dua tahun kerana percubaannya untuk menipu bagi mengelak dari­pada melakukan ujian doping.

Pemain yang diberi nama julukan Gabigol itu didapati bersalah kerana cuba memanipulasi ujian doping sewaktu menjalani kem latihan Flamengo di Brazil pada 8 April tahun lalu.

Gabigol, 27, didakwa menyukarkan keadaan apabila dituduh ‘menghalang’ petugas ujian berkenaan ketika semua rakan sepasukannya selesai menjalani proses tersebut sebelum sesi pukul 10 pagi ­berakhir.

Sebaliknya, bekas penyerang antarabangsa Brazil itu memilih untuk pergi makan tengah hari sebelum dia dilaporkan kecewa kerana seorang pegawai di­arahkan mengiringinya ke bilik air.

“Atlet yang disebutkan te­lah dibicarakan hari ini (semalam) oleh Mahkamah Anti-Doping Sukan dan secara majoriti diputuskan bahawa berlaku penipuan pelanggaran peraturan antidoping,” menurut satu kenyataan.

Gabigol sebelum ini mencipta sensasi apabila berhijrah menyertai Inter dari Santos dengan yuran perpindahan bernilai €29.5 juta (RM150.96 juta), namun gagal mencetuskan impak sebenar.

Dia kemudiannya di­pinjamkan ke Benfica, Santos dan Flamengo sebelum melengkap­kan perpindahannya secara tetap pada Ja­nuari 2020 dengan harga berjumlah €17.5 juta (RM89.55 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI