fbpx

Pendakwah dijangka dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pendakwah selebriti berusia 25 tahun itu ketika dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk dilanjutkan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rogol baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang pendakwah muda yang ditahan berhubung kes jenayah seksual pada bulan lalu dijangka dituduh di dua mahkamah esok.

Pemuda berusia 25 tahun akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya di sini dan di Mahkamah Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisoner Nik Ezanee Mohd. Faisal ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan perkara tersebut.

“Polis Petaling Jaya sudah mendapat kebenaran untuk menuduh beliau esok (Khamis).

“Kertas siasatan kes membabitkan pendakwah itu akan dibawa ke Putrajaya terlebih dahulu esok sebelum pendakwaan dilakukan,” katanya.

Difahamkan, di Mahkamah Petaling Jaya, pemuda itu berdepan pertuduhan liwat sebelum dibawa ke Shah Alam atas pertuduhan merogol.

Sementara itu, peguam Syed Amirul Syed Edros memberitahu, setakat ini, pihaknya masih belum dimaklumkan mengenai pertuduhan ke atas anak guamnya esok.

“Setakat ini (malam tadi) tidak pasti, kertas siasatan akan dirujuk terlebih dahulu kepada Peguam Negara pagi esok,” katanya.

Pendakwah tersebut kini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung satu laporan membabitkan kes rogol di daerah ini.

Setakat ini, sebanyak lapan laporan telah dibuat terhadap pemuda itu melibatkan daerah Shah Alam dan Petaling Jaya serta serta satu laporan di Kuala Lumpur.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI