fbpx

‘Harga di bazar Ramadan tidak ada kena mengena SST’ – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri ketika sesi MQT di Dewan Rakyat hari ini. Foto - Jupen

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kenaikan harga di makanan di bazar Ramadan tidak ada kaitan dengan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Menurut Anwar, kenaikan tersebut mungkin berlaku disebabkan oleh sesetengah agen atau pihak ketiga yang menjual tapak bazar Ramadan tersebut dengan harga lebih tinggi berbanding ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kalau secara spesifik tentang bazar Ramadan, saya sudah lawati empat hingga lima tempat. Pertamanya, kos sewa itu sudah terlalu tinggi. Kalau kos itu dikendalikan oleh Majlis Perbandaran, jangan tekankan (sewa) dalam keadaan sekarang.

“Kemudian, di sebahagian Majlis Perbandaran, tapak itu diberikan kepada agen-agen jadi akhirnya penyewa tidak sewa secara langsung dari Majlis Perbandaran. Jadi kos semakin meningkat,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai usaha mengekang kesan rantaian ekonomi terutama bagi peniaga bazar Ramadan susulan kadar baharu SST, berkuat kuasa sejak 1 Mac lalu.

Anwar berkata, SST perlu dilaksanakan untuk mengelakkan ekonomi negara daripada menjunam serta mengelak longgokan hutang.

“Saya setuju kita harus terus pantau, tetapi kalau secara khusus bazar Ramadan ini, kebanyakannya (peniaga) mengeluh kerana kadar sewa tinggi dan pendapat saya, PBT tiada sebab untuk mengenakan sewa yang tinggi,” katanya.

“Lagipun, semalam di Tambun, saya dapati bahawa sekiranya kos sewa dapat membawa jualan yang lumayan, ia tidak sangat mengesankan (peniaga).

“Bagaimanapun, ada beberapa kedai yang mengambil kesempatan untuk meningkatkan (harga). Saya akui ada impak kecil tetapi saya tidak fikir disebabkan SST (harga) naik,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI