fbpx

Kak Lah kemalangan, anak patah kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta MP Rantau Panjang yang dirempuh di Bukit Antarabangsa semalam.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff atau mesra disapa Kak Lah berdepan detik cemas apabila terlibat dengan kemalangan hingga mengakibatkan anak perempuannya cedera.

Kejadian pada pukul 4.30 petang di Bukit Antarabangsa, Ampang itu berlaku apabila kereta yang dinaiki Siti Zailah sekeluarga dirempuh dari arah depan oleh sebuah kenderaan utiliti sukan dari arah depan.

Siti Zailah berkata, ketika itu mereka dalam perjalanan ke majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Puchong.

“Ketika sedang memandu pada kelajuan 38 kilometer sejam, kereta kami tiba-tiba dirempuh oleh SUV yang terbabas ke jalan bertentangan.

“Syukur kami semua terselamat cuma anak perempuan cedera apabila tulang jari tangan retak dan patah kaki. Dia dirawat di Hospital Ampang,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut Siti Zailah, dia dan suami alami sakit-sakit pada badan dan paha.

“Terima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan kami sekeluarga,” katanya.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen pada hantaran itu mendoakan Siti Zailah dan keluarganya segera sembuh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI