fbpx

SOP masjid, surau dalam tempoh terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yakin pihak berkuasa agama negeri akan memutuskan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) solat yang boleh menggembirakan umat Islam sedikit masa lagi.

Menurutnya, beliau sejujurnya mahu masjid dan surau dibuka untuk diimarahkan dengan solat berjemaah dan majlis-majlis ilmu.

“Sejujurnya, jauh di dalam hati kecil saya juga ingin sebolehnya masjid dan surau dibuka dan diberikan haknya untuk diimarahkan dengan majlis ilmu, solat fardu dan solat Jumaat seperti biasa.

“Moga Allah ampuni kekhilafan kita dan memberi ganjaran yang besar kepada kesungguhan kita mengimarahkan rumah-Nya dalam tempoh pandemik ini.

“Namun, pandemik Covid-19 tidak boleh dipandang ringan. Oleh sebab itulah pihak kerajaan, jua Pihak Berkuasa Agama Negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) amat mengambil berat akan hal ini,” katanya menerusi perkongsian di laman sosialnya hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI