fbpx

Kreativiti Cef Hilton Garden Inn olah masakan tradisional untuk bufet Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menu pelbagai menu termasuk tradisional, barat dan yang tular menjadi hidangan bufet Ramadan di Hotel Garden Inn, Puchong.

PETALING JAYA – Mahu berubah selera untuk berbuka puasa di hotel berjenama terkenal tetapi menawarkan kadar bufet Ramadan yang berpatutan, maka Hilton Garden Inn, Puchong boleh menjadi penyelesaian kepada persoalan tersebut.

Terletak di lokasi strategik di Puchong yang mampu memberi pilihan kepada komuniti tersebut dan sekitarnya termasuk Putrajaya dan Cyberjaya, premis ini dapat memenuhi permintaan pelanggan yang sudah sinonim dengan hospitaliti yang ditawarkan oleh Hilton.

Hilton Garden Inn adalah  salah satu jenama dengan membawa segmen pasaran yang terdapat dapat kumpulan Hilton.

Persekitaran restoran dengan hiasan dalaman menarik dengan ruang yang cukup selesa selain  terletak bersebelahan dengan kolam renang bakal meninggalkan pengalaman manis buat pengunjung.

Turut disediakan kemudahan parkir yang mencukupi serta surau yang mudah diakses, malah lebih menarik jika ada pengunjung yang berminat untuk bermalam di situ selain menikmati hidangan sahur yang disediakan oleh pihak hotel.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, bufet Ramadan yang ditawarkan pada harga RM139 seorang dewasa itu disediakan di Garden Grille di hotel berkenaan melalui konsep Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini yang menawarkan pelbagai juadah daripada yang terkenal semasa zaman dulu hinggalah kepada menu terkini.

“Juadah utama yang menjadi pilihan pengunjung sejak bufet Ramadan itu ditawarkan pada 14 Mac lalu adalah kambing golek, pecal salmon percik mangga muda dan nasi buluh,” jelasnya.

Kreativiti cef berpengalaman hotel berkenaan turut mengolah resepi masakan tradisional seperti masak lemak telur mewangi, ayam bakar madu, daging masak hitam dan nasi minyak orang kawin agar ia dapat memenuhi selera bukan sahaja pengunjung beragama Islam tetapi juga mereka yang bukan beragama Islam.

Keharmonian masyarakat majmuk menyaksikan pengunjung bukan beragama Islam bersama-sama menunggu waktu berbuka puasa untuk menikmati juadah yang disediakan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI