fbpx

Isu stoking: Jangan ambil tindakan ikut undang-undang sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin bersalaman dengan tetamu ketika hadir pada Majlis Perjumpaan Khas Menteri Dalam Negeri Bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian, Jabatan, Agensi dan Pengamal Media 2024 di Putrajaya, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membenarkan mana-mana pihak mengambil tindakan mengikut undang-undang sendiri khususnya membabitkan isu stoking tertera kalimah Allah.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, agensi yang bertanggungjawab dalam isu berkenaan adalah hanya PDRM sahaja.

“Kalau kita benarkan (pihak lain ambil tindakan), ia tidak bagus untuk negara,” katanya pada sesi soal jawab pada Majlis Perjumpaan Khas Menteri Dalam Negeri bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian, Jabatan, Agensi dan Pengamal Media 2024, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pihak tertentu yang mengambil tindakan sendiri berhubung isu stoking tertera kalimah Allah termasuk komen dianggap menghina agama Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI