fbpx

Pengarah KK Mart, pembekal didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah KK Mart, pembekal diheret ke mahkamah esok.

PETALING JAYA – Lima pengarah rangkaian kedai serbaneka KK Mart serta pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, esok.

Ia berhubung dengan penjualan stoking tertera kalimah Allah yang mencetuskan kemarahan umat Islam.

Difahamkan, pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam itu mengikut Seksyen 109 dan 298 Kanun Keseksaan (KK).

Terdahulu, pada 14 Mac lalu tular di media sosial memaparkan stoking yang tertera kalimah Allah dijual di sebuah kedai serbaneka.

Susulan itu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr. KK Chai melahirkan rasa kesal atas penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah sebuah cawangannya selain tampil memohon maaf atas kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI