fbpx

Ditipu peniaga online, beli baju dapat kain lap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Viral beberapa orang menjadi mangsa penipuan biarpun dengan kaedah COD. – TRIBUN MEDAN

JAKARTA – Seorang wanita dari Indonesia mendedahkan bahawa dia menjadi mangsa penipuan jualan online apabila menerima bungkusan kain lap selepas membeli pakaian, lapor laman berita Tribun Medan semalam.

Menurut video tular yang dimuat naik oleh akaun Instagram @tkpmedan, wanita tersebut membeli empat helai baju secara online dan memilih kaedah pembayaran penghantaran tunai.

Namun, dia kecewa apabila barang yang diterima sama sekali berbeza dengan pesanan. 

Malah, wanita tersebut menerima bungkusan berisi kain lap dan satu nota yang ditulis oleh seseorang. 

“Anda belum cukup beruntung, cuba lagi,” kata nota tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI