fbpx

‘Kafir tuduhan yang kasar, saya masih amal ajaran Islam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fatiya menegaskan dirinya masih mengamalkan ajaran Islam.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi Fatiya Latiff menafikan dakwaan ramai bahawa dirinya tidak lagi mengamalkan ajaran Islam sekali gus menangkis tuduhan dirinya kini sudah murtad.

Pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff, 37, itu berkata, tuduhan keluar agama yang dibuat netizen hanya berdasarkan video dalam TikTok adalah satu dakwaan berat.

“Saya masih mengamalkan (ajaran) Islam, tapi mereka membuat andaian dari komen-komen di TikTok yang tidak benar dan tanpa berasas.

“Kafir ialah kata-kata yang kasar, bukan sahaja dalam kalangan Muslim tapi penganut agama lain,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Pelakon drama rantaian Ariana Rose itu menegaskan semua perkongsiannya adalah cara menzahirkan luahan, bukan meminta ditafsirkan khalayak.

Katanya, pendapat pihak luar juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perkara yang diketengahkan dalam setiap hantaran di media sosial.

“Semua video TikTok saya adalah pandangan saya sendiri, cara saya mengekspresi diri dan netizen tidak pernah memberi kesan kepada kehidupan saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Fatiya memberi amaran kepada netizen yang melemparkan kecaman melampau bahawa mereka menjadi punca sekiranya dia keluar agama Islam.

Lebih mencetuskan kebimbangan ramai apabila dia memberikan bayangan tahun ini berkemungkinan adalah Ramadan terakhir buatnya.

Terdahulu, nama Fatiya mencetuskan perdebatan ramai selepas melakukan kenyataan berbaur provokasi terhadap pasangan pelakon Zahirah MacWilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza.

Tidak terhenti di situ, drama pergaduhan terus berlanjutan apabila tercetus sesi berbalas kenyataan dengan bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie .

Susulan itu, dia didakwa mengalami gangguan mental, namun Fatiya menangkis tanggapan tersebut apabila menegaskan dirinya dalam keadaan sihat selain hanya berdepan tekanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI