fbpx

Peniaga wanita maut kemalangan di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Honda City yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa Noor Aizam di KM 381.1, LPT 2 berhampiran Ajil, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Seorang peniaga wanita maut selepas kereta jenis Honda City dipandu adik iparnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 381.1, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil di sini semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 5.50 petang itu, mangsa, Noor Aizam  Mat Zaki,42, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala. Tiga lagi ahli keluarga termasuk pemandu kereta jenis Honda City dinaiki mereka turut mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, sewaktu kejadian, Noor Aizam bersama enam ahli keluarga lain dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kampung Buluh, Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Honda City dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan.

“Kereta dipandu adik ipar lelaki mangsa berusia 35 tahun itu kemudiannya merempuh tebing bukit sebelum terbalik ke dalam parit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI