fbpx

Soon Huat-Shevon raih gelaran Terbuka Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOH Soon Huat-Shevon Lai Jemie mencipta kemenangan di Terbuka Switzerland selepas mengatasi pasangan nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hari ini.

KUALA LUMPUR – Impian beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk mencipta kemenangan di Terbuka Switzerland akhirnya tercapai selepas berjaya mengatasi pasangan nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hari ini.

Soon Huat-Shevon membuktikan usaha kerja keras mereka sebelum ini benar-benar berbaloi apabila pasangan ranking ke-14 dunia itu berjaya mengatasi rakan senegaranya itu dengan kemenangan straight set 21-16, 21-13 dalam tempoh 37 minit pada aksi final di St Jakobshalle, Basel.

Pada saingan tersebut, Soon Huat-Shevon memperagakan aksi yang cukup konsisten dan tidak melakukan kesilapan mudah untuk membuka ruang kepada Tang Jie-Ee Wei bangkit apabila hanya memerlukan 18 minit untuk mencatat kemenangan pada set pertama perlawanan.

Biarpun Tang Jie-Ee Wei dilihat cuba mengubah rentak perlawanan di set kedua, namun semua cubaan  bagaikan tidak menjadi buat pasangan ranking kesembilan dunia tersebut selepas banyak melakukan kesilapan mudah.

Hasil kemenangan tersebut, Soon Huat-Shevon bakal membawa pulang hadiah sebanyak AS$16,590 (RM78,583) manakala Tang Jie-Ee Wei yang muncul sebagai naib juara berjaya memperoleh AS$7,980 (RM37,799). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI