ALOR SETAR – Terdapat segelintir pempengaruh di negara ini sanggup menghasilkan kandungan palsu untuk dimuat naik di media sosial semata-mata mahu mengejar populariti dan dikenali ramai. Lebih melampau, mereka sanggup mengupah individu tertentu untuk melakonkan satu-satu watak bagi memperdaya orang ramai. Antara watak itu adalah menyamar orang susah bagi meraih simpati kononnya bagi tujuan eksperimen sosial selain berpura-pura menerima hadiah lumayan sedangkan tawaran itu sebenarnya tidak wujud. Perbuatan itu dipercayai ditiru daripada pempengaruh luar negara yang menggunakan idea tersebut untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya