fbpx

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil ‘hancur’ bertemu Oman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASIL tinjauan yang dilakukan Kosmo! mendapati keadaan permukaan padang SNBJ seakan belum bersedia untuk aksi Harimau Malaya menentang Oman malam esok.

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) hanya mempunyai tempoh kurang 48 jam saja lagi untuk melunaskan janji mereka bagi menyediakan padang terbaik buat Harimau Malaya bagi hadapi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bertemu Oman malam esok.

Status terkini permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai ‘rumah’ Harimau Malaya terus menjadi tanda tanya selepas penganjuran konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran pada penghujung bulan lalu.

Hasil tinjauan mendapati permukaan padang seakan berada dalam kritikal apabila banyak kawasan dilihat masih lagi tidak rata dan belum dipenuhi rumput seolah-olah belum bersedia untuk menjadi tuan rumah aksi itu nanti.

Ia juga seakan hampir sama dengan rakaman dron seorang pemilik akaun YouTube dan keadaan ini pastinya menimbulkan tanggapan negatif terhadap PSM kerana ini bukan kali pertama permukaan padang dilihat ‘hancur’.

Realiti ini juga menghadirkan keresahan buat peminat tempatan memandangkan Harimau Malaya kini berdepan misi penting untuk balas dendam terhadap Oman bagi mencerahkan peluang mara ke pusingan seterusnya.

Sebelum ini Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menepis dakwaan gambar yang tular di media sosial yang menunjukkan keadaan permukaan padang yang kurang baik di stadium itu adalah bukan yang terkini.

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac menerusi laman Instastory miliknya juga sebelum ini memberi keyakinan padang Stadium Nasional akan berada dalam keadaan terbaik untuk aksi Malaysia dan Oman nanti.

Pada aksi Pestabola Merdeka Oktober tahun lalu, PSM mencetuskan kritikan teruk kerana permukaan padang dilihat masih lagi ‘mentah’ apabila rumput jenis Zeon Zoysia dilihat terkoyak dan situasi itu turut mendapat keluhan banyak pihak.

PSM sebelum ini juga turut mendapat kecaman ekoran gagal memastikan keadaan padang dalam keadaan terbaik pada final Piala Malaysia 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI