fbpx

Maafkan mereka, mereka tidak tahu – Aliff Aziz ‘petik’ lagu Malique

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF AZIZ

PETALING JAYA – Belum pernah berkongsi luahan hati selepas membuat kenyataan mengenai kes khalwat, perkongsian pelakon Aliff Aziz dalam media sosial mengundang spekulasi.

Memilih lagu nyanyian asal Malique bersama Datuk Jamal Abdillah berjudul Aku Maafkan Kamu, suami kepada Bella Astillah itu berkongsi beberapa rangkap lirik dendangan penuh makna tersirat.

Baris pilihan penyanyi berkenaan menyentuh mengenai persepsi masyarakat yang mudah jatuh hukum sebelum dibuktikan bersalah, sekali gus seolah-olah memberi gambaran perasaannya ketika ini.

“Timbul tenggelam, timbul tenggelam. Acapkali terpendam acapkali tersergam. Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam.

“Ini bukan lagu rindu ini madah dendam. Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia. Ku dihukum di masuk neraka oleh manusia.

“Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu. Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu,” tulisnya dalam Instagram Story.

Menerusi hantaran seterusnya, pemilik nama lengkap Mohammad Aliff Aziz, 33, itu seakan-akan menegur netizen yang gemar melempar kecaman agar menjaga lisan.

“Maafkan mereka mereka tidak tahu. Mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu. Mereka tidak fasih malah fasik guna kata. Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa.

“Maafkan mereka mereka tiada nilai. Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai. Tanpa kasih sayang mereka suka menyakiti. Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati,” tulisnya lagi.

Pada 9 Mac lalu Aliff dan teman gandingannya dalam drama bersiri Terjerat iaitu Ruhainies mencetuskan kegemparan selepas ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Namun, mereka menafikan dakwaan tersebut ketika netizen secara berjemaah melemparkan kecaman terhadap kedua-dua selebriti terbabit.

Tambahan pula selepas pelakon dan penyanyi memfailkan permohonan cerai secara ekspres dua hari selepas insiden tersebut.

Terbaharu ibu Aliff, Siti Hafiza Basharahil menyuntik kata-kata semangat kepada anak sulungnya dengan menyatakan dia tidak berseorangan berhadapan kemelut terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI