fbpx

Karkas lembu untuk jualan bulan Ramadan dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa JPV Pulau Pinang merampas 912.5 kg karkas lembu berhampiran pasar Bukit Mertajam, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) merampas 912.5 kilogram (kg) karkas lembu, pagi tadi dipercayai untuk dijual kepada umat Islam bagi penyediaan menu berbuka puasa.

Rampasan karkas bernilai RM36,500 itu dijalankan dalam serbuan berhampiran pasar Bukit Mertajam di sini, kira-kira pukul 6.20 pagi.

Pengarahnya, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, karkas itu ditemui selepas sepasukan anggota penguat kuasa JPVPP menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu di kawasan luar pasar berkenaan.

“Karkas lembu itu disyaki bukan disembelih di rumah penyembelihan yang diluluskan atau yang dilesenkan dan dipercayai dibeli umat Islam bagi penyediaan menu berbuka puasa.

“Oleh itu rampasan dibuat terhadap karkas berkenaan dan dibawa ke pejabat untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, nilai rampasan karkas lembu dan kenderaan itu dianggarkan bernilai RM81,500.

Justeru katanya, kes disiasat mengikut Kaedah 5(3) Kaedah-Kaedah binatang (Kawalan penyembelihan 2009).

Mengulas lanjut, tambahnya, kes terbabit adalah rampasan terbesar yang dijalankan oleh pihak JPVPP pada tahun ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI