KUANTAN – Seorang lelaki warga Kemboja dikhuatiri lemas selepas hilang ketika menjala ikan di Sungai Mati dekat Bukit Rangin di sini malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, berdasarkan laporan mangsa yang dikenali sebagai Sary berumur 26 tahun bersama dua lagi rakannya menjala di sungai berkenaan sebelum hilang.
“Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 9.59 malam sebelum jentera bersama anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 10.09 malam.
“Pasukan Bomba membuat operasi pencarian mangsa di sekitar sungai tersebut yang disambung semula hari ini selepas ditangguhkan pada pukul 1.10 pagi tadi,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE