KUALA SELANGOR – Seorang penunggang p-hailing maut selepas motosikalnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di kilometer (km) 4.6 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR), di sini, petang tadi.
Kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu mengakibatkan lelaki berusia 20 tahun berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian, namun pemandu lori itu bagaimanapun dilaporkan selamat.
Kemalangan berdekatan Kampung Parit Mahang, Jeram itu menyebabkan lorong laluan lebuh raya berkenaan ditutup sementara bagi proses siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya. – KOSMO! ONLINE