fbpx

Mangsa dituduh curi duit sebelum dipukul hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga Mohammad Nazmie Aizzat berada di Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu. -Foto IHSAN POLIS

LAHAD DATU – Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad memaklumkan punca pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu mati dipukul rakannya semalam, dipercayai ekoran perselisihan faham tentang wang berjumlah RM35 dan RM50.

Dr Rohan Shah berkata, hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku susulan kehilangan wang berkenaan yang berlaku di asrama terbabit.

“Mangsa dituduh sebagai pencuri sebelum dipukul sehingga mati oleh semua suspek.

“Pihak polis setakat ini sudah menahan seramai 13 pelajar lelaki kolej vokasional yang berusia 16 hingga 19 tahun yang disyaki terbabit dalam kes ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Rohan Shah menyatakan pihak Mahkamah Lahad Datu sudah membenarkan tahanan reman selama enam hari bermula 23 hingga 29 Mac depan.

Beliau berkata, polis juga setakat ini sudah mengambil keterangan ke atas 12 saksi bebas termasuklah empat warden asrama, pengawal keselamatan dan beberapa pelajar kolej terbabit.

Menurutnya, ujian saringan air kencing terhadap semua suspek bebas daripada penyalahgunaan dadah dan polis turut merampas lagi 12 telefon pintar milik suspek.

Sementara itu, Dr Rohan Shah menyatakan pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat mangsa daripada Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi mengenal pasti punca kematian sebenar.

Terdahulu, Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada pukul 6.50 pagi.

Mangsa yang mengambil program Bioteknologi di kolej vokasional berkenaan adalah penghuni asrama kolej sama disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI