fbpx

Pelajar maut dibelasah: Beri kami masa, ruang – Keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa merupakan pelajar program Bioteknologi Kolej Vokasional Lahad Datu dan merupakan penghuni asrama kolej terbabit.

LAHAD DATU – “Maaf, beri kami masa dan ruang. Kami tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan buat masa ini,” kata salah seorang ahli keluarga pelajar kolej vokasional yang ditemui mati dalam bilik asrama dipercayai dibelasah rakan awal pagi semalam.

Ahli keluarga berkenaan enggan mengeluarkan apa-apa komen berhubung tragedi yang menimpa mangsa selain
meminta agar semua pihak tidak mengganggu keluarga mangsa ekoran masih berduka dengan pemergian pelajar terbabit.

Terdahulu, mangsa, Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui warden asrama yang bertugas pada pukul 6.50 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa merupakan pelajar program Bioteknologi Kolej Vokasional Lahad Datu dan merupakan penghuni asrama kolej terbabit.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis, Dr Rohan Shah Ahmad memaklumkan punca kejadian dipercayai daripada perselisihan faham antara mangsa dengan pelajar lain yang juga menghuni asrama sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI