fbpx

Harimau Malaya perlu kekal positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya perlu memanfaatkan tiga aksi berbaki untuk meraih mata maksimum bagi muncul juara kumpulan. - FB FAM

SKUAD Harimau Malaya perlu kekal positif dengan potensi untuk layak ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia 2026 masih terbuka meskipun tewas kepada Oman pada peringkat Kumpulan D kelmarin.

Bekas penggempur skuad kebangsaan, Safee Sali percaya ada lagi tiga perlawanan yang perlu dimanfaatkan oleh pasukan bimbingan Kim Pan-gon dalam usaha merebut kedudukan dua tangga teratas.

Menurut Safee, banyak perkara positif yang boleh diambil dengan pasukan perlu kembali menyusun langkah ketika bertemu Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa depan.

“Kita perlu kekal positif melihat skuad kebangsaan kerana peluang untuk layak (ke pusingan seterusnya) masih ada.

“Pasukan bakal mengharungi tiga perlawanan lagi yang perlu ditempuh dan kita perlu manfaatkan aksi di Bukit Jalil dengan menyerang habis-habisan,” katanya dipetik menerusi program televisyen swasta.

Sementara itu, Safee turut mengakui beberapa kelemahan perlu segera diperbaiki Harimau Malaya dengan Pan-gon perlu menyenaraikan kesebelasan lebih baik pada perlawanan seterusnya.

Kata Safee, kegagalan mempamerkan corak permainan berintensiti tinggi mungkin menjadi faktor pasukan tewas selain tidak menguasai posisi tengah ketika tewas 0-2 kepada jaguh Asia Barat di Muscat sebelum ini.

“Kita boleh lihat barisan pemain seperti tidak cukup cergas untuk bermain dengan permainan berintensiti tinggi dan kita kena perbaiki daripada aspek tersebut.

“Selain itu, Stuart Wilkin dan Brendan Gan (yang diletakkan dalam kesebelasan utama) memiliki corak permainan yang sama. Saya harap pada aksi seterusnya kita mempamerkan mentaliti menyerang dengan meletakkan Endrick dos Santos atau Paulo Josue di posisi tengah,” katanya.

Ketika ini, Malaysia menduduki tangga ketiga kelayakan Kumpulan D dengan perbezaan jaringan meskipun berkongsi enam mata bersama Kyrgyzstan dan Oman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI