fbpx

Real ‘goncang’ kesetiaan Alex-Arnold

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER-ARNOLD memiliki baki kontrak selama semusim sahaja lagi di Anfield dan masih belum ada rundingan mengenai perjanjian baharu dilakukan. - AFP

LONDON – Gergasi La Liga, Real Madrid dilaporkan memantau secara dekat perkembangan pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold menjelang jendela perpindahan musim panas nanti.

Pemain berusia 25 tahun itu menjadi tonggak penting skuad kendalian Jurgen Klopp sejak berjaya menempatkan diri dalam kelompok skuad utama pada 2016 selain berjaya meraih kemenangan Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris sejak beberapa musim lalu.

Kontrak semasa pemain tersebut bakal berakhir pada 2025 dan sehingga kini Liverpool masih belum menunjukan tanda-tanda untuk memulakan rundingan bagi melanjutkan tempoh pemain itu di Anfield.

Pakar perpindahan pemain, Fabrizio Romano mendedahkan bahawa Real berminat untuk mendapatkan khidmat Alexander-Arnold dan bersedia untuk mengemukakan tawaran biarpun sedar Liverpool sukar untuk melepaskannya.

Dia menandatangani kontrak selama empat tahun bersama The Reds pada 2021 sekali gus menjadikannya salah seorang pemain yang memiliki pendapatan paling tinggi bersama kelab itu dan berjaya membuat 302 penampilan dan meledak 19 gol untuk pasukan itu.

Sekiranya tidak ada sebarang rundingan untuk kontrak baharu atau Alexander-Arnold menolak tawaran yang diberikan, dia dibenarkan untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana kelab bermula Januari 2025 sekali gus menyebabkan Liverpool bakal kehilangannya secara percuma.

Pengarah sukan baharu Liverpool, Richard Hughes berdepan tugas sukar sebaik mengambil alih jawatan itu untuk memastikan Alexander-Arnold kekal selain beberapa lagi pemain tonggak termasuk Virgil Van Dijk dan Mohamed Salah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI