fbpx

Malaysia komited bantu Palestin hadapi isu kebuluran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Ahmad Zahid bersama delegasi misi bantuan itu di Pangkalan Udara TUDM Subang, Shah Alam, petang tadi. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!

SHAH ALAM – Malaysia kekal komited meneruskan pelbagai misi kemanusiaan dalam membantu Palestin yang turut mula diancam masalah kebuluran akibat peperangan.

Terbaharu, enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan memulakan misi bantuan kecemasan 100 kontena dari Kaherah, Mesir ke Gaza.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebimbangan dunia kini mengenai nasib kira-kira sejuta rakyat Palestin yang menghadapi kebuluran.

Jelas beliau, pentadbiran kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim komited membelanjakan bantuan berjumlah RM100 juta bagi membantu negara tersebut.

“Masalah kebuluran itu turut mendapat simpati dunia secara keseluruhannnya termasuk Perdana Menteri negara lain yang bukan beragama Islam.

“Justeru, usaha NGO termasuk MAPIM melaksanakan misi kemanusiaan amat disokong malah Perdana Menteri (Anwar) turut akan menghubungi Fatah As Sisi (Presiden Mesir) petang ini bagi memudahkan penyaluran bantuan itu,” katanya ketika merasmikan majlis ‘flag off’ misi itu di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, yang turut dihadiri Anwar.

Misi khas itu melibatkan bantuan 100 kontena seberat 1,358 tan yang berisi barangan asas seperti tepung gandum, kotak makanan, selimut dan khemah dengan anggaran bernilai RM12 juta.

Penyaluran bantuan yang dijangka bermula minggu depan itu akan disertai 20 anggota delegasi bagi persiapan penghantaran ke sempadan Rafah menerusi laluan darat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI