PENYANYI Haqiem Rusli dengan kaca mata hitam memang tidak boleh berpisah. Tidak kira sama ada ketika membuat persembahan pentas atau menjalani sesi fotografi, cermin mata hitam memang tidak pernah lekang dari wajahnya.
Mungkin tidak mengapa kalau dipakai untuk pelengkap gaya, tetapi janganlah sampai setiap masa, cermin mata hitam itu perlu ‘melekat’ pada wajah selama 24 jam!
Komunikasi yang memerlukan ‘eye contact’ itu sangat penting, tak kisahlah sama ada kau artis atau kerja apa pun.
Hinggalah baru-baru ini, Haqiem ada berkongsi video semasa menghadiri majlis berbuka puasa. Ketika makan untuk berbuka pun masih tetap mahu memakai cermin mata hitam.
Diva bukan nak mempersoalkan atau mempertikaikan imej Haqim, cuma rasa tidak wajar dan pelik. Bagi sesetengah individu, dia memakai cermin mata hitam mungkin untuk mengelak silau kerana panahan hangat matahari.
Paling tidak, kerana mahu menyembunyikan mata yang lebam atau ‘eyebag’. Tapi tidaklah sampai waktu malam, ketika berbuka tetap nak pakai cermin mata hitam. Haqiem, tolong jelaskan sikit kenapa? Diva teringin nak tahu alasannya.
DIVA: Selepas Ruhainies, sekarang giliran wajah Marissa Dania pula kena ‘censored’. Sudah-sudahlah.