fbpx

Siti Nurhaliza tersenarai selebriti Asia paling berpengaruh media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nurhaliza.

PETALING JAYA – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tersenarai antara 100 selebriti Asia paling berpengaruh dalam media sosial oleh Forbes.com.

Senarai yang dikeluarkan oleh Forbes pada 7 Disember tersebut turut meletakkan Siti sebaris dengan kumpulan terkenal Korea Selatan, Blackpink dan legenda Bollywood, Amitabh Bachchan.

Menurut deskripsi yang ditulis Forbes, pemilik jenama SimplySiti itu telah membuat ulasan makanan bagi membantu peniaga dan pemilik restoran yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Pada bulan Julai lalu, Siti juga telah melancarkan album solo ke-18 iaitu ManifestaSiti 2020.

“Seterusnya, dia turut menjalankan jenama kecantikannya, SimplySiti sejak tahun 2009 yang diperakui halal,” tulis kenyataan tersebut.

Menurut Forbes, senarai selebriti terpilih terdiri daripada kumpulan muzik, bintang filem dan televisyen dari seluruh rantau Asia Pasifik yang telah menghangatkan dunia digital sepanjang 2020.

Pemilihan juga dibuat berdasarkan pengikut platform media sosial serta selebriti yang cukup aktif berinteraksi dengan peminat mereka.

Selain itu, kriteria lain merangkumi selebriti yang mampu meningkatkan kesedaran serta menggunakan pengaruh untuk masyarakat, terutama yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Turut tersenarai selebriti dari beberapa buah negara Asia lain seperti dari India, China, Singapura, Thailand, Australia, Filipina, Indonesia dan China.

Selain Siti, seorang lagi personaliti dari Malaysia yang turut tersenarai adalah Neelofa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI