fbpx

Kabinet setuju 7 cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution bercakap pada sidang akhbar di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA-Kabinet hari ini memberikan persetujuan terhadap tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia setelah sesi libat urus yang intensif dan panjang dijalankan membabitkan kesemua pemegang taruh yang dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Hari ini saya telah membuat pembentangan kepada Jemaah Menteri dan semua cadangan pindaan telah diambil kira termasuk setelah Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) membuat perbincangan bersama ketua-ketua komponen Kerajaan Perpaduan dan ketua-ketua whip parti.

“Kita ada lapan cadangan pindaan iaitu tiga pindaan baharu dan empat peruntukan asal yang kita batalkan.

“Maka cadangan yang KDN bentangkan itu semuanya dipersetujui melainkan satu perkara iaitu 19(b) dan 14(1)(e), itu akan kekal,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 10 Jun 2023, media melaporkan KDN mengenal pasti lapan perkara untuk dimasukkan sebagai cadangan dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan memberi kewarganegaraan kepada anak yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.

Mengulas lanjut berhubung cadangan pindaan yang dikekalkan, Saifuddin memaklumkan perkara itu membabitkan bayi terdampar (foundling baby) dan seseorang yang lahir di negara ini tetapi tidak ada kerakyatan mana-mana negara.

“Cadangan yang kami angkat dan bentang pada sesi libat urus adalah kedua-dua ini kami mahu ubah kepada warganegara secara pendaftaran dan kami masukkan dalam fasal baharu 15(a)(2), (tetapi) dengan keputusan Kabinet hari ini, maknanya 19(b) dan 14(1)(e) masih kekal asal,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI