KAHERAH – Pemerintah Mesir bertindak menaikkan harga minyak RON dan diesel bermula hari in, lapor portal berita Arab News.
Pengumuman kenaikan itu dibuat oleh Jawatankuasa Harga Bahan Api yang melakukan kajian tentang harga minyak dan diesel.
Harga RON 80 meningkat satu pound Mesir(RM0.10), menjadikannya 11 pound (RM1.11) bagi setiap liter.
Minyak RON 92 pula berharga 12.50 pound (RM1.27) seliter, naik daripada 11.50 pound (RM1.16).
Harga minyak RON 95 berada pada 13.50 pound (RM1.37) seliter dan bukannya 12.50 pound seperti sebelum ini.
Selain itu, harga gas silinder 12.5 kilogram untuk kegunaan domestik meningkat daripada 75 pound (RM7.62) kepada 100 pound (RM10.16). – AGENSI