fbpx

Gadis dilamar semasa pergi solat tarawih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surat yang diterima oleh gadis ketika menunaikan solat Tarawih di masjid. - TRIBUNJATENG

JAKARTA – Seorang gadis  trauma untuk menunaikan solat tarawih di masjid selepas menerima tawaran menjadi isteri kedua kepada seorang ustaz, lapor akhbar TribunJateng semalam. 

Tawaran itu disampaikan di masjid melalui sepucuk surat yang diterimanya. Kandungan surat menyatakan bahawa seorang lelaki menggelarkan dirinya ustaz, meminta izin gadis itu untuk menjadikannya isteri kedua.

Gadis itu tidak menyangka ketabahannya ke masjid untuk menunaikan solat tarawih akan berakhir seperti itu.

Sampul surat berwarna coklat itu pada mulanya dianggap sebagai surat bantuan untuk anak yatim. Namun, ia merupakan surat tawaran untuk berkahwin.

Kisah gadis itu kemudian  tular di media sosial khususnya  TikTok.

Gadis berkenaan mengalami trauma hingga menyebabkan dia enggan menunaikan solat tarawih di masjid berkenaan.

Kejadian itu dikongsi menerusi akaun TikTok @rushkisses_. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI