fbpx

Harimau Malaya sedia balas dendam di Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya mempunyai peluang untuk membalas kekalahan kepada Oman apabila bakal turun untuk aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil Selasa depan. - FB FAM

SKUAD Harimau Malaya tidak perlu tekan butang ‘panik’ sebaliknya perlu mengerah tenaga dalam usaha membalas dendam ke atas Oman pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Selasa depan.

Sebagai rekod, hasrat skuad negara untuk membuat kejutan ke atas negara Asia Barat itu tidak kesampaian apabila tewas 0-2 pada perlawanan di Stadium Sultan Qaboos, Muscat awal pagi semalam.

Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon memberi jaminan barisan pemainnya akan tampil berbeza ketika menjadi tuan rumah di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memastikan kemenangan dapat diraih.

“Ini adalah perlawanan yang sukar tetapi pujian wajar diberikan kepada Oman yang berjaya meraih kemenangan. Barisan pemain sudah berusaha sebaik mungkin untuk mencuri mata berharga tetapi tidak berjaya.

“Tiada alasan yang boleh diberikan kerana isu kecergasan bukanlah perkara baharu dalam bola sepak tetapi saya boleh beri jaminan kita akan tampil lebih bertenaga di laman sendiri.

“Secara peribadi, mentaliti pasukan untuk tidak memburu kemenangan juga mungkin menjadi salah satu faktor (kekalahan) dan perkara itu perlu diubah pada aksi seterusnya nanti.

“Apa yang penting, pemain perlu bersedia untuk menjalani pemulihan dan kita perlu mengatur semula strategi ampuh untuk mempamerkan corak permainan yang lebih baik nanti,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada perlawanan itu, skuad negara yang mempamerkan formasi bertahan 5-4-1 terpaksa akur dengan jaringan pasukan tuan rumah menerusi Issam Al Sabhi pada minit ke-58 dan Muhsen Al-Ghassani (m-88).

Keputusan tersebut menyaksikan skuad Harimau Malaya kini berada di kedudukan ketiga peringkat kelayakan Kumpulan D dengan perbezaan jaringan selepas berkongsi enam mata bersama Oman dan Kyrgyzstan.

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletak sasaran untuk muncul dua pasukan teratas sekali gus layak ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia 2026 yang mengumpulkan 18 negara terbaik benua Asia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI