fbpx

Tujuh premis musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadam kebakaran di Jalan Daeng Selili, Kuala Kangsar hari ini.-IHSAN JBPM PERAK

KUALA KANGSAR – Sebanyak empat kediaman dan tiga rumah kedai di Jalan Daeng Selili dekat sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kebakaran itu diterima pada pukul 9.15 pagi dengan sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kebakaran melibatkan tujuh buah struktur kelas C dan sebuah kereta jenis Honda CRV.

“Tiga rumah kedai, dua rumah satu tingkat dan sebuah rumah dua tingkat musnah terbakar dianggarkan 90 peratus manakala sebuah rumah satu tingkat terbakar lima peratus.

“Daripada tujuh premis itu, hanya tiga rumah kedai yang berpenghuni. Kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, komander operasi melaksanakan penilaian risiko di lokasi kejadian sebelum mengaplikasikan konsep ‘receo’ bagi memastikan tiada mangsa yang terlibat.

“Operasi pemadaman dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dibantu anggota anggota BBP Sungai Siput,” katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI