fbpx

Stoking kalimah Allah: Siasatan terhadap KK Mart, pembekal dirujuk AGC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd (KK Mart) dan pembekal, Xin Jian Chang Sdn. Bhd masing-masing didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini

KUALA LUMPUR – Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart ke Pejabat Peguam Negara (AGC).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tiga daripada empat kertas siasatan yang dibuka telah dituduh yang mana membabitkan dua hantaran menghina islam di media sosial dan laporan polis pertama berkaitan kes itu di Batu Kikir, Negeri Sembilan.

“Satu lagi kertas siasatan membabitkan KK Mart dan kilang (pengedar stoking) telah selesai. Kertas pertuduhan sudah lengkap dan kita tunggu arahan terakhir dan terkini dari AGC. Terima maklumat kita akan maklumkan kepada media,” katanya pada sidang akhbar khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya telah menerima 143 laporan polis berhubung isu tersebut dan 174 saksi dirakam keterangan antaranya pihak pegurusan dan pekerja KK Mart, termasuk pemandu lori.

Jelas Shuhaily, sebanyak 14 pasang stoking tertera kalimah Allah dirampas daripada 18,000 pasang tempahan yang diambil pihak pengilang pada, Mac lalu.

“Perolehan siasatan (pihak polis) adalah diperhalusi daripada tibanya barang (stoking) ini di kilang dan melalui pemeriksaan kualiti sehingga ke peringkat pekedai yang perlu melalui proses yang sama.

“Kita siasat ikut fakta dan ajukan pendakwaan sama ada setuju dengan siasatan kita, kita tunggu arahan daripada AGC,” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim murka dan menitahkan supaya tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap pihak yang didapati bersalah oleh pihak berkuasa dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Dalam pada itu, pengasas KK Super Mart, KK Chai dan pembekal stoking, Xin Jian Chang Sdn Bhd telah membuat permohonan maaf berkenaan isu tersebut.

Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI