fbpx

Shuib sebak, Watie tuntut ‘janji’, Dekta sudah jadi ‘wanita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuib mendoakan Dekta tumbuh membesar menjadi wanita solehah yang teguh dengan perintah Allah.

PETALING JAYA – Pelawak dan usahawan , Shuib tidak dapat menahan sebak apabila anak gadisnya, Dzakira Talita Zahra atau mesra disapa Dekta sudah memasuki fasa wanita.

Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad, 40, juga turut mendoakan agar anak kesayangannya itu tumbuh membesar menjadi wanita solehah yang teguh dengan perintah Allah.

“Satu-satunya anak perempuan daddy dah masuk ke alam dewasa, sudah jadi anak dara. Hari ini kita akan kenang sampai bila-bila Talita.

“Semoga menjadi wanita solehah, wanita hebat dunia akhirat. Aku je ke bapak yang sedih bila anak perempuannya dah melangkah ke alam dewasa?

“Ke kalian yang bapa-bapa pun sama akan nangis?,” tulis Shuib dalam Instagram.

Pada masa sama, ibu tiri kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Siti Fatimah Suberi atau lebih dikenali sebagai Makder turut berkongsi berita mengenai Talita yang kini sudah akil baligh.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Makder dalam Instagram memaparkan paparan skrin perbualannya di WhatsApp bersama Talita yang memberitahu bahawa dia kemungkinan sudah melangkah ke alam dewasa memandangkan terdapat beberapa tanda dirinya didatangi haid.

“Ti (panggilan buat Siti Sarah), anak kau dah besar. Petang tadi pukul 5.34 petang ‘video call’ Talita, sembang-sembang biasa dengan dia.

“Lepas tu entah kenapa saja tanya, ‘Dekta dah period ke?’, lepas tu dia cakap belum.

“Pukul 6.48 petang, tadi dia WhatsApp nak cakap dia dah ‘period’. Terkejut saya. Baru saja tanya tak sampai dua jam. Saya pun ‘call’ untuk suruh dia beritahu mummy. Alhamdulillah dah besar Talita,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen pula, Watie Hanifiah memberitahu memandangkan Talita sudah meningkat ke alam dewasa maka kini Talita tidak dibenarkan tidur di sebelah Shuib.

“Perjanjian dah bermula, Dekta dah tak boleh tidur sebelah daddy,” kata Watie.

Rata-rata netizen juga sempat menasihati Talita agar menjaga diri dan martabat seorang wanita selain menutup aurat dengan sempurna seperti arwah ibunya.

“Dah dewasa ni semoga Dekta tutup aurat ye, arwah ibu pasti tersenyum lebar di syurga nanti,: komen seorang netizen.

“Jaga martabat sebagai seorang wanita, datang bulan maknanya dah besar dan ada tanggungjawab,” demikian komen seorang lagi netizen.

Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat anak, Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 9 dan Ayash Affan yang berusia setahun lebih.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI