fbpx

Solat tarawih paling lama habiskan 30 juzuk al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah Masjid Agung Al-Fatah menunaikan solat Tarawih dengan menghabiskan kesemua 30 juzuk dalam satu malam. – Instagram

JAKARTA – Sebuah masjid di Magetan, wilayah Jawa Timur menganjurkan solat sunat tarawih dipercayai paling lama di Indonesia yang berlangsung selama lapan jam, lapor laman berita Suara kelmarin.

Jemaah Masjid Agung Al-Fatah yang terletak di kompleks sekolah pondok Al Fatah menunaikan solat tarawih dengan menghabiskan kesemua 30 juzuk dalam satu malam.

Menurut laporan, setiap kali bulan Ramadan tiba, Masjid Al-Fatah  melakukan rutin itu.

Solat tarawih tersebut bermula dari pukul 7 malam (waktu tempatan) dan berakhir sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan).

Jumlah rakaat yang dilakukan adalah 20 rakaat dengan tiga rakaat solat sunat witir.

Jemaah masjid tersebut terdiri daripada penghafal al-Quran dari pelbagai sekolah pondok dan tahfiz selain  turut diikuti oleh orang ramai.

Namun, disebabkan tempoh masanya yang lama, tidak ramai penduduk setempat dikatakan mengikuti solat tarawih di situ. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI