fbpx

Mahsuri Dagang, JBPM edar 1,000 pek bubur lambuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Hisham (dua kiri) ditemani Ahmad Tajuddin (tengah) mengedarkan bubur lambuk kepada kakitangan Bomba pada program Kongsi Berkat Bubur Lambuk Wira Merah anjuran Media Mulia bersama Mahsuri Food di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya hari ini. - Foto FARIZ RUSADIO

PUTRAJAYA- Syarikat Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. (Mahsuri Dagang) terus menyemarakkan sambutan Ramadan tahun ini dengan mengedarkan sebanyak 1,000 pek bubur lambuk di sekitar Presint 14 di sini tadi.

Aktiviti memasak bubur lambuk secara ‘rewang’ itu dilakukan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan mendapat kerjasama Media Mulia Sdn Bhd. (Media Mulia).

Menurut Ketua Komersial Mahsuri Dagang, Mohd. Jazri Ikmal Hijaz, agihan bubur lambuk kepada warga JBPM dan warga Putrajaya itu merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat pihaknya sempena Ramadan.

“Kempen kami adalah dengan berkongsi bubur lambuk bersama masyarakat, jadi acara kali ini bersama JBPM yang mana mereka ialah anggota unit uniform yang sentiasa berkhidmat untuk rakyat.

“Mereka bekerja 24 jam dan sentiasa bersiap sedia untuk rakyat, acara ini bagi menghargai semula jasa baik mereka kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui Kosmo! pada Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk Mahsuri Dagang bersama Media Mulia dan JBPM.

Turut hadir Pengarah Bukan Eksekutif Mahsuri Dagang, Datuk Ahmad Tajuddin Idris, Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan Media Mulia, Shereen Wong dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad.

Mengulas lanjut, Mohd. Jazri berkata, menerusi penglibatan program itu, pihaknya mahu memberi jaminan kepada orang ramai bahawa produk Mahsuri Dagang adalah halal untuk digunakan.

“Kami mahu menjelaskan bahawa produk Mahsuri Dagang berkualiti yang mana sos tiram yang digunakan untuk memasak bubur lambuk menggunakan ekstrak tiram sebenar.

“Sos tiram itu akan membolehkan pengguna untuk tidak menggunakan banyak bahan dalam memasak, seterusnya memudahkan urusan di dapur,” katanya.

Untuk rekod, Mahsuri Dagang melaksanakan tiga sesi agihan bubur lambuk sepanjang Ramadan tahun ini melibatkan penganjuran di Universiti Putra Malaysia, Ibu Pejabat JBPM dan Projek Perumahan Rakyat Semarak di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI