fbpx

Henti perbincangan jumud, lapuk tidak berkesudahan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Bicara Eksekutif Malaysia Madani Madani di sini, hari ini. -Foto FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Semua pihak diminta untuk menghentikan sebarang perbincangan jumud dan lapuk yang tidak berkesudahan sekiranya mahu menyelamatkan negara dengan membuat perubahan dan melonjakkan semula negara dalam kelembapan sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara harus maju dan menumpukan kepada pengetahuan, penerokaan ilmu baharu dan teknologi digital melalui semangat perpaduan serta kesatuan dalam negara.

Beliau berkata, tiada untungnya sekira masing-masing rasa mahu menang dengan menanam kebencian serta mencerca orang lain kerana ia tidak akan memenangkan negara dalam semua aspek.

“Apa guna kita bangsa terhebat, tetapi mencerca kaum lain, kelompok lain. Kalau bicara Melayu terhebat, gagah kerana pimpinannya bersih, sikap dan budayanya, disiplin dan integritinya, membangkit sebagai sebuuah negara.

“Bukan hebat Melayu itu untuk memijak dan memandang enteng orang lain.

“Sama juga dengan kumpulan minoriti, Cina dan India serta kaum lain, mereka harus terima kenyataan bahawa negara ini terasnya Melayu dan majoritinya Melayu, terima dengan semangat perpaduan, pertahan keadilan dan beri ruang hak pada semua,” katanya ketika berucap pada Bicara Eksekutif Malaysia Madani di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI