fbpx

PATI terkedu Pasar Meru digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI yang dicekup di kompleks Pasar Meru, Klang. -Foto SADDAM YUSOFF

KLANG – Sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) terkedu dan terpaksa menyerah diri selepas tempat mereka bekerja di kompleks Pasar Meru diserbu pihak berkuasa, hari ini.

Dalam operasi bersepadu selama dua jam bermula pukul 8.30 pagi berjaya menahan 46 PATI berusia 25 hingga 40 tahun.

Operasi tersebut turut disertai Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Rizam memaklumkan operasi tersebut susulan permintaan daripada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Meru, Mariam Abdul Rashid mengenai kebanjiran warga asing.

Katanya, berdasarkan pecahan warga asing ditahan didapati 33 daripadanya adalah warga Myanmar.

“Selebihnya, 12 warga Bangladesh dan seorang warga India. Kesemua mereka didapati tidak memiliki pasport serta pengenalan diri.

“Dipercayai ada di kalangan PATI ini telah bekerja lebih dua tahun dan kita serahkan Jabatan Imigresen melakukan siasatan lanjut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rizam menjelaskan MBDK turut mengeluarkan kompaun berjumlah RM4,500 ke atas sembilan premis yang beroperasi tanpa lesen.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI