fbpx

Depay ambil langkah jernihkan keadaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEPAY (tengah) kembali menyertai skuad Belanda untuk aksi persahabatan menentang Scotland awal pagi esok. – AFP

AMSTERDAM – Bintang Belanda, Memphis Depay akan bersemuka dengan pengendali pasukan, Ronald Koeman bagi ‘menjernihkan’ keadaan ­sebelum aksi persahabatan menentang Scotland di Johan Cruyff Arena awal pagi esok.

Depay yang meledak gol kemenangan buat Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara sebelum ini diumumkan kembali menyertai pasukan kebangsaan selepas lama dipinggirkan daripada saingan antarabangsa.

Untuk itu, Depay menjelaskan dia tiada sebarang masalah dengan Koeman dan pertemuan tersebut lebih kepada ruang ­untuk meluahkan pendapatnya.

“Adalah sesuatu yang logik buat semua orang mempunyai pendapat dan jurulatih perlu menjawabnya. Daripada situ, dia juga akan beri pendapat­nya, namun saya belum membincangkannya secara peribadi lagi.

“Saya dan jurulatih mempunyai hubungan yang baik termasuklah hal luar padang. Saya pernah bermain di bawahnya di Barcelona dan dia mengalu-­alukan pendapat ketika mengatakan sesuatu,” katanya.

Depay sebelum ini menjadi tumpuan selepas menyatakan sokongan kepada Quincy Promes yang dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana memainkan peranan dalam aktiviti pe­nyeludupan dadah.

Promes yang juga bekas pemain Belanda dilaporkan mengimport, mengeksport dan memiliki kokain, malah turut didapati bersalah atas dakwaan menikam kaki sepupunya.

Koeman bagaimanapun mendedahkan, Pengarah Teknikal Belanda, Nigel de Jong akan berbincang dengan Depay berkaitan satu ciapannya dan berharap penyerang berkenaan dapat menjauhkan diri daripada kes berkenaan.

“Ia akan menimbulkan kebencian dan kritikan, jadi dia harus menjauhkan diri daripada semua perkara ini. Mereka (Depay dan Promes) adalah kawan, namun perkara ini sesuatu yang agak ­rumit,” kata Koeman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI