fbpx

Pelancong Myanmar hilang, kali terakhir dilihat di Bukit Bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yin Lae Soe

KUALA LUMPUR – Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang pelancong wanita warga Myanmar berusia 40 tahun yang dilaporkan hilang sejak 10 Februari lepas.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pelancong yang dikenali Yin Lae Soe kali terakhir dilihat di Hotel Royal Bukit Bintang, di sini.

“Laporan polis berhubung kehilangan wanita itu pada 12 Februari lalu oleh seorang lelaki warga tempatan yang juga pemandu pelancong.

“Wanita tersebut merupakan pelancong yang menyertai program Columbia Leisure Sdn. Bhd sebelum kali terakhir dilihat pada 10 Februari lalu di Hotel Royal Bukit Bintang, di sini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi Sarjan Syahrul Nizam Bin Awang, Sarjan Aktiviti Balai Polis Tun.H.S.Lee di talian 03-92212222 atau 011-11007470 atau mana-mana balai yang berhampiran.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI