fbpx

ADUN Kuala Kubu Bharu meninggal dunia akibat kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kee Hiong

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong meninggal dunia dipercayai akibat penyakit kanser, hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mengesahkan perkara itu menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mendiang.

Jelas beliau, pemergian Kee Hiong disifatkan kehilangan besar bagi pelbagai pihak terutama penduduk Kuala Kubu Bharu yang sudah lama diwakilinya sebelum menjadi wakil rakyat.

“Mewakili Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang serta seluruh sahabat dan anggota Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang kehilangan tokoh berpengalaman.

“Semoga mereka diberikan kekuatan mengharungi detik yang mencabar ini,” katanya.

Pemergian ADUN DAP itu turut dimaklumkan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching di Facebook miliknya, sebentar tadi.

Pada Plihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI