fbpx

Peluang Harimau Malaya terus gegarkan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Malaysia dijangka mampu beri cabaran kepada Oman pada aksi awal pagi esok. - AFP

SKUAD Harimau Malaya perlu menggunakan peluang bertemu Oman pada aksi kelayakan Kumpulan D saingan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 awal pagi esok sebagai medan untuk terus ‘menggegar’ benua Asia.

Pandangan tersebut disuarakan oleh bekas legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan yang percaya prestasi cemerlang ketika bertemu Korea Selatan wajib diteruskan ketika menentang negara Asia Barat itu.

Menurut Zainal, mentaliti tidak pernah menyerah yang dipamerkan oleh pasukan kebangsaan sejak beberapa perlawanan lepas harus dijadikan sebagai elemen tambahan bagi mencuri mata berharga di Muscat nanti.

“Bagi saya kita telah mempamerkan prestasi yang cemerlang ketika bertemu Korea Selatan pada aksi terakhir di Piala Asia 2023 yang lepas. 

“Jika mereka dapat kekalkan prestasi tersebut, tidak mustahil keputusan positif dapat memihak kepada pasukan kebangsaan.

“Barisan pemain juga telah tunjukkan sebelum ini apabila beberapa kali ketinggalan, tetapi masih mampu bangkit semula.

“Apa yang pasti, saya lihat ini peluang terbaik untuk kita kejutkan bola sepak Asia dengan kebangkitan Harimau Malaya,” katanya ketika ditemui Kosmo!

Sementara itu, Zainal juga percaya hanya satu aksi persahabatan yang telah diatur oleh pasukan ketika bertemu Nepal bukanlah masalah kerana semua pemain sudah memiliki asas yang baik.  

“Kita percaya sahaja kepada Kim Pan-gon kerana kita sudah nampak pasukan kebangsaan agak kukuh dengan barisan pemain tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Berdasarkan rekod, skuad Harimau Malaya pernah bertemu Oman sebanyak enam kali di pentas antarabangsa dengan meraih dua kemenangan, satu keputusan seri dan tiga kekalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI