fbpx

Cuaca panas masih berterusan di utara Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas pada tahap dua iaitu amaran gelombang haba di negeri Perlis dengan suhu maksimum boleh melebihi 37 darjah Celsius sehingga tiga hari berturut-turut.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca panas dengan suhu di antara 35 hingga 37 darjah Celsius juga dijangka berlarutan selama tiga hari berturut-turut di kebanyakan daerah di negeri Kedah dan Pulau Pinang.

“Dalam pada itu, jangkaan suhu tidak melebihi 37 darjah Celsius juga dikeluarkan yang melibatkan Selangor (Sepang), Johor (Batu Pahat) dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta).

“Bagaimanapun, cuaca panas ini dijangka hanya berlarutan sehingga awal petang hari ini,” ujar MetMalaysia.

Sementara itu, hujan lebat dan ribut petir masih dijangka berlaku pada sebelah petang yang melibatkan pedalaman Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan barat Johor.

“Selain itu, di bahagian Malaysia timur pula, cuaca hujan dan lembap yang sama dijangka berlaku di bahagian utara dan tengah Sarawak dan Sandakan dan Kudat di Sabah,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI